Keanggotaan Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa

Keanggotaan KUMS adalah terbuka kepada setiap graduan pengajian Islam dalam apa jua pengkhususan dari serata universiti. Juga kepada mereka yang menceburi bidang Islamik dan mempunyai sumbangan signifikan terhadap perkembangan Islam. Namun, keanggotaan KUMS perlulah terlebih dahulu diluluskan oleh Lajnah Keanggotaan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tertinggi KUMS selain perlu mendapatkan sokongan dari dua orang anggota sedia ada.